Click here for Myspace Layouts

Isnin, 11 April 2011

Akan ku berlari menyambut mu...

AbuHurairah r.a memberitahu bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda, Allah SWT berfirman, " Sesungguhnya Aku adalah sebagaimana yang disangkakan hambaKu, Aku bersamanya apabila dia mengingati Aku, jika dia mengingati-Ku di dalam hatinya, maka Aku mengingatinya dalam hati-Ku, dan jika dia mengingati Aku dalam jemaah maka Aku ingati dia dalam jemaah yang lebih baik (iaitu dalam jemaah malaikat yang maksum dan suci dari segala dosa). Apabila hamba-Ku mendekati-Ku sejengkal, maka Aku dekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku dekatinya sedepa. Dan apabila dia mendekati-Ku dengan berjalan, maka Aku dekatinya dengan berlari."

cuba kita bayangkan jikalau seorang anak yang sudah bertahun-tahun tidak menziarah  ibunya dikampung.... tanpa mendengar kabar berita.....sudah pasti didalam hati seorang ibu akan tertanam kerinduan yang teramat sangat terhadap anaknya........ dan sangat berharap supaya anaknya dapat pulang kekampung halaman menjenguk ibunya.........
...............Apabila terdengar sahaja suara seperti anaknya memberi salam ditangga hadapan rumah.......si ibu tadi yang sedang memasak didapur akan meninggalkan segala masakannya dan akan segera menuju pintu hadapan rumahnya.... cuba dibesarkannya setiap langkah-langkah yang sudah uzur dan tidak bermaya.......apabila dilihat sahaja anaknya..... lalu dipeluk erat akan anaknya itu sambil menangis kerinduan yang sekian lama terpendam...dilayannya si anak itu tadi dengan penuh kasih sayang dan penghormatan......dimasakkan makanan kesukaannya......disediakan tempat tidur yang selesa.....begitulah bagaimana kasihnya seorang ibu kepada anaknya setelah sekian lama tidak bersua.......

begitu jugalah kasih dan sayangnya Allah kepada hambanya.......bahkan sememangnya lebih daripada itu........seolah-olah begitulah luasnya pintu rahmat Allah yang diberikan kepada hambanya yang ingin kembali kepadanya.........yang ingin kembali sujud rukuk kepadanya........yang ingin memohon ampun dan taubat kepadanya........walau sebesar mana pun dosa yang telah kita lakukan........sesungguhnya Allah itu maha pengampun....maha luas pintu rahmatnya......maha pengasih lagi maha penyayang.....marilah kita bersama-sama kembali kepada Allah S.W.T...dan menjadi hambanya yang beriman dan bertaqwa...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan